Pengertian Khiar dan Macam Macamnya

Pengertian Khiar dan Macam Macamnya - Hallo sahabat INOVSTUDY | SITUS BELAJAR ONLINE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengertian Khiar dan Macam Macamnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel AGAMA, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Baca juga


Pengertian Khiar dan Macam Macamnya




Definasi

Khiar ertinya pemilihannya, iaitu hak memilih bagi penjual dan pembeli sama ada jualbeli itu hendak diteruskan ataupun tidak. Pembeli menarik kembali wangnya dan penjual menarik balik barangnya.

Hukum Khiar 

Melakukan khiar adalah harus mengikut syarat-syaratnya yang tertentu. Penjual dan pembeli harus melakukan khiar selagi kedua-duanya belum berpisah. Hukum ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Hakim bin Hizam, berkata ia : Rasulullah telah bersabda  yang maksudnya:
Penjual dan pembeli harus melakukan khiar selagi kedua-duanya bersikap benar dan menerangkan, diberkati bagi kedua-duanya pada jualbeli kedua mereka, dan jika kedua-duanya menyembunyikan dan berbohong, dimusnahkan keberkatanl jualbeli keduanya itu.



Hikmah Pengharusan Khiar

Di antara hikmat-hikmat mengharuskan khir, dapat disimpulkan seperti berikut :
  1. Supaya kedua-dua pihak merasa puas hati dalam urusanl jualbeli.
  2. Untuk mengelakkan tipu menipu dalam urusan jualbeli
  3. Untuk menjamin kesempurnaan dan kejujuran bagi kedua-dua pihak.

Jenis-jenis Khiar

Khiar ada tiga jenis, iaitu :
  1. Khiar Majlis
  2. Khiar Syarat
  3. Khiar Aib (cacat)

1. Khiar Majlis

Khiar majlis ialah khiar yang dilakukan sebelum penjual dan pembeli berpisah ke mana-mana. Selagi belum berpisah, penjual atau pembeli boleh melakukan khiar walaupun tanpa sesuatu sebab, tak kira berapa lama mereka berada di majlis atau tempat akad itu ; atau mereka sama-sama keluar pergi ke mana-mana. Maka tidak boleh dilakukan khiar lagi jika :
  1. Kedua-duanya sudah berpisah
  2. Sudah menggunakan barang itu sebagai membuktikan jualan itu sudah selesai
  3. Ada sesuatu bukti yang menunjukkan jualan itu sudah selesai.

2. Khiar Syarat 

Penjual dan pembeli boleh membuat syarat ketika akad jualbeli dalam tempoh tidak lebih daripada tiga hari, seperti kata penjual : “Saya jual barang ini kepada saudara dengan syarat saya boleh khiar dalam tempoh tiga hari.” Jawab pembeli: “Saya beli barang ini dengan syarat tersebut.” Dalam tempoh yang tersebut itu, berhaklah pihak-pihak yang membuat syarat itu melakukan khiar, penjual berhak menarik kembali barangnya, dan pembeli berhak menarik balik uangnya. Inilah yang dikatakan khiar syarat.




3. Khiar Aib

Jika barangyang dijual atau harganya didapati cacat yang mengurangkan nilainya, haruslah pembeli atau penjual melakukan khiar dengan syarat :
  1. Kecacatan itu berlaku sebelum daripada akad atau selepas akad tetapi sebelum diterimanya oleh pembeli atau penjual.
  2. Hendaklah segera menyerahkan kembali barang atau harga yang cacat itu.
Bila terdapat kecacatan yang mengurangkan nilainya itu, bolehlah dilakukan khiar walaupun tidak ada dibuat syarat khiar terlebih dahulu. Jadi bila diketahui ada kecacatan, hendaklah segera menyerahkan kembali barang kepada penjual atau harga kepada pembelinya. Tetapi jika lengah, tidak harus lagi melakukan khiar. Inilah yang dikatakan khiar cacat.




Sekian dulu untuk artikel Pengertian Khiar dan Macam Macamnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk kalian semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengertian Khiar dan Macam Macamnya dengan alamat link http://www.inovstudy.com/2018/04/pengertian-khiar-dan-macam-macamnya.html


EmoticonEmoticon